Stress Guru

Pengenalan : Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan.  Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.  Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar   dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.

     Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan dan seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan  dan kegemilangan mutu pendidikan.

     Pada masa kini, seorang guru mempunyai cabaran yang lebih hebat berbanding ibu bapa dan golongan-golongan  lain dalam meningkatkan mutu pendidikan.  Prestasi murid yang merosot sentiasa dikaitkan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran guru.

     Tugas utama seseorang guru ialah mendidik dan mengajar.  Di samping itu, guru juga perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada pihak pengurusan.  Dalam berurusan dengan banyak pihak, pastinya banyak perselisihan, percanggahan dan halangan akan dihadapi oleh guru.  Sekiranya guru lemah dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah harian serta menangani cabaran yang dihadapi, pasti guru akan mengalami tekanan emosi.

     Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan tenaga dan idea guru kini merupakan salah satu pendorong kepada tekanan emosi dalam kalangan guru.  Namun, bergantung kepada guru itu sendiri  untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.



Apa Itu Stres ????

Pertubuhan Kesihatan Sedunia ( WHO ).Stres merupakan satu penyakit
    yang seding dikaitkan dengan kesihatan mental.

 Menurut Mohd Salleh ( 1994 ), stres ialah reaksi fizikal dan mental
     emosi seseorang  akibat sesuatu situasi yang menyebabkan seseorang
    itu tidak mendapt keselesaan hidup.

 Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta ( 2005 ), stres sebagai tindak
    balas minda dan fizikal yang terhasil daripada permintaan ( atau
    cabaran ) mengikut sesuatu keadaan atau tempat.

Jenis-jenis Stres
1. Stres” here or now “
        Situasi yang wujud pada sesuatu masa atau suatu ketika.

2. Stres “anticipation
         Situasi di mana guru akan bertindak terhadap sesuatu peristiwa yang dijangkakan.

3. Stres “Imaginatif
         Stress di mana dalam sesuatu situasi, individu akan berfikir dan beri imaginasi tentang sesuatu            yang menakutkan dan sebagainya.

4. Stres Reaktif
         Stress wujud akibat daripada peristiwa atau pengalaman lampau.  Stress ini berlaku secara                  semula jadi dan kadang kala sebagai satu proses memulihkan.

5. Stress Negatif
        Sesuatu yang memuncak dalam tempoh masa sama ada hari, minggu atau tahun.  Stress ini boleh         berlaku disebabkan oleh satu punca sahaja seperti tidak cukup wang atau sebab-sebab yang lain.

Tahap-tahap Stres
Kehidupan seharian memang terdedah kepada stres, jalan raya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stres.  Kita perlu menyedari tahap stres dalam diri.  Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi pemyembuhan yang betul, tahap stres ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress tidak terkawal.
Terdapat tiga peringkat stres:

1.Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
   Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang,

2.Tahap penentangan
   Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih ,memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi .terdahulu.

3.Tahap kelesuan
   Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa diri. Sukar untuk tidur, terlalu mudah            marah, kebimbangan tidak bertempat.  Masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit
   yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dan lain-lain.

Punca-punca Stres Guru
  •   Perubahan tempat kerja
  •   Penyesuaian diri dengan suasana persekitaran di tempat kerja     yang baru
  •   Kehilangan sesuatu
  •   Berasa tercabar/terancam
  •   Beban tugas yang banyak
  •   Berasa tiada kelayakan
  •   Kerja tidak sesuai
  •   Masalah komunikasi yang tidak berkesan dengan rakan             sekerja
  •   Suasana tidak kondusif
  •   Kurang penghargaan dari organisasi dan peluang   menonjolkan diri
  •  Sistem pengurusan kerja yang tidak berkesan.
  •  Kurang latihan yang kurang sesuai dengan kerja akan      mewujudkan jurang antara pekerja yang berpengalaman dan  berkelayakan.
  •  Bekerja dalam tempoh masa yang panjang dan terlibat dengan orang ramai.
  •   Konflik tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.
  •   Tidak mahir dengan tugas yang diberikan
  •   Sikap ketua di tempat kerja
  •   Ragam murid yang buruk
  •   Kurang kerjasama daripada ibu bapa
  •   Terlalu banyak kerja perkeranian
  •   Matlamat peperiksaan tidak tercapai
  •   Kurang masa rehat disebabkan jadual waktu yang berat
  •  Terpaksa mengajar kelas yang berbeza kebolehan                    
Tanda-tanda Stres
Psikologikal
Ciri-ciri Psikologikal
  Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
  Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
  Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
  Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
  Kurangnya komunikasi yang berkesan.
  Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
  Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
  Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan.
  Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
  Menurunya rasa harga diri.

Tingkah laku 
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
  Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
  Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.
  Meningkatnya penggunaan alcohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan
     terlarang.
  Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
  Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
  Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan
     berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-
     tanda kemurungan.
  Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan
     berjudi.
  Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.
  Menurunnya kualiti perhubungan dengan keluarga dan rakan.
  Membunuh diri atau cuba membunuh diri.


Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal
  Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami
     penyakit kardiovaskular.
  Meningkatnya rembesan hormon stress
  Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome,
      radang dinding usus besar dan ulser.
  Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan.
  Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.
  Gangguan pernafasan
  Gangguan pada kulit.
  Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan  ketegangan otot.
  Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk
     menghidapi kanser.

Kesan-kesan Stres
Fizikal 
  Sakit dada                                     Rasa loya
  Gelisah                                          Kurang berat badan
  Letih yang melampau                   Kurang selera makan
  Sakit kepala                                  Tekanan darah tinggi
  Tidur terganggu                            Insomia
  Sakit otot

Emosi
  Rasa gementar                             Bimbang
  Murung                                        Kecewa
  Cepat marah                                 Hilang kawalan
  Menjadi tidak stabil                     Gangguan jiwa


Mental
  Pelupa, hilang tumpuan                 Lemah pertimbangan
  Tidak terurus                                 Keliru
  Berfikiran negatif.                         Tidak dapat berfikir dengan                                                                 baik.
Langkah-langkah Mengatasi Stres
Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1       Kenal pasti reaksi emosional
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stres dengan cara yang lebih positif. 

2       Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stres, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3       Kehidupan fizikal
Stres menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.
     Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
       Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.
    Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4    Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stres, Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetahui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.Stres jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stresdengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stres tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. 

konsep Burnout

Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger ( Wood,2000 ).  Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun.  Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan.  Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian.
     Istilah burnout  juga dapat didefinisikan sebagai perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang.  Dalam erti kata yang lain, burnout juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir ( akibat ) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif gagal mencapai matlamatnya ( Farber, 1991 ).
     Maslach & Jackson ( 1981a,1981b ) telah memperkembang konsep burn out dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis ( subskala ) burn out.  Ketiga-tiiga jenis burn out itu ialah :
a. kelesuan emosi
b. depersonalisasi
c. pencapaian peribadi

Punca-punca Burnout Guru
  •   berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penu          komitmen.
  •   mengalami stres tempoh panjang.
  •   kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru.
  •   kurangnya budaya mentor.
  •   tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak     jelas, 
  •   suasana kerja yang tidak bersistematik
Tanda-tanda Burnout

Fizikal
Rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan cara pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.

Tingkah Laku
Menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain, menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya, menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerja lewat tetapi balik awal.

Emosi
Berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.

Keletihan emosi
  terlalu letih sehingga tidak bermaya untuk melayan pelanggan, rakan sekerja dan ahli 
     keluarga.
  emosi tidak stabil, menjadi murung, cepat  sedih, mudah terasa dan memandang negatif  terhadap        sesuatu perkara atau perkataan yang diucapkan oleh orang lain.
  hilang tumpuan

Kesan-kesan Burnout

Kesan Fizikal
  kesihatan terjejas
  kardiovaskular
  gastrik
  radang kulit
  selalu cuti sakit
  mengasingkan diri
  bergaduh secara  terbuka


Kesan Organisasi
  penurunan produktiviti
  pengurusan tentang cuti bertambah
 kes disiplin bertambah


Cara-cara Mengatasi Burnout
  bengkel pengurusan masa,stres dan kewangan
  latihan rekreasi dan pemakanan
  peningkatan tahap ketahanan diri
  membentuk budaya saling memahami
  membentuk suasana kerja yang kondusif
  meningkatkan kecerdasan emosi guru

Langkah-langkah Pengurusan Tekanan Emosi

1.Uruskan Masa Dengan Efektif
Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan.  Pastikan kita
mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat
mengurangkan tekanan.  Lakuakan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2.Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
   Dadah atau alcohol hanya sekadar menghilangkan symptom tekanan dan apabila
   berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3.Rehat Seketika
   Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk
   meminimumkan tekanan.  Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada
   rakan.  Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan ada dapat lakukan kerja
   itu dengan lebih efektif.

4.Kurangkan Gangguan
   Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu.  Contohnya
   matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak
   dapat mencari anda.

5.Makan Makanan yang Menyihatkan
   Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak. Gula dan sodium.  Sekirannya
   bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan
   makanan yang menyihatkan.  Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi
   rendah.

6.Lakukan Meditasi
   Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan.  Ini termasuklah bernafas
   dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh.  Jangan lupa
   juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

7.Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal       
   Ketakutan
   Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif.  Sebaliknya fokus dan katakan    kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari.  Jangan buang masa dengan berasa        bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapa diubah atau dicapai.

8.Dapatkan Nasihat
   Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah.  Terdapat banyak         sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres.  Jadi ambil peluang
 untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

9.Belajar Katakan “TIDAK”
   Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak.  Melakukan dan menambah
   projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan.
   Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10.Dapatkan Tidur yang Cukup
    Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari.  Walau bagaimanapun seseorang
    akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikirkan dan
    menyiapkan kerja yang bertimbun.

11.Lakukan Senaman
    Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan.  Cara ini akan
    merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.  Teknik
    pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana.  Bernafas
    dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan.  Bernafaslah dalam-dalam
    dan perlahan.

No comments:

Post a Comment