Ciri-ciri Psikologikal
Mudah berasa bimbang, tertekan, keliru dan mudah meradang.
Timbulnya perasaan kecewa, marah dan kebencian.
Emosi terlalu sensitif dan sangat pasif.
Memendam perasaan, menarik diri dan kemurungan.
Kurangnya komunikasi yang berkesan.
Timbulnya perasaan tidak mahu bergaul dan suka mengasingkan diri.
Rasa bosan dan tiada kepuasan kerja.
Keletihan pada mental, penurunan fungsi intelektual dan kehilangan tumpuan.
Kehilangan sifat spontaneity dan kreativiti.
Menurunya rasa harga diri.
Tingkah laku
Ciri-ciri Tanda Tingkah Laku
Suka melengah-lengahkan kerja, mengelak bekerja dan suka ponteng kerja.
Menurunnya prestasi dan produktiviti kerja.
Meningkatnya penggunaan alcohol, penyalahgunaan dadah dan bahan-bahan
terlarang.
Kerap menunjukkan tingkah laku sabotaj dalam pekerjaan.
Tabiat makan yang melampau dan peningkatan berat badan.
Tingkah laku makan yang tidak normal sebagai bentuk penarikan diri dan kehilangan
berat badan dengan tiba-tiba dan kemungkinan hal berkombinasi dengan tanda-
tanda kemurungan.
Meningkatnya tingkah laku berisiko tinggi, termasuk cuai dalam memandu dan
berjudi.
Meningkatnya tingkah laku agresif, vandalisme dan jenayah.
Menurunnya kualiti perhubungan dengan keluarga dan rakan.
Membunuh diri atau cuba membunuh diri.
Tanda Fizikal
Ciri-ciri Tanda Fizikal
Meningkatnya denyutan jantung, tekanan darah dan kecenderungan mengalami
penyakit kardiovaskular.
Meningkatnya rembesan hormon stress
Mengalami masalah gangguan gastrointestinal termasuklah irritable bowel syndrome,
radang dinding usus besar dan ulser.
Meningkatnya kecederaan dan kemalangan pada tubuh badan.
Keletihan fizikal dan berkemungkinan mengalami sindrom keletihan yang kronik.
Gangguan pernafasan
Gangguan pada kulit.
Sakit kepala, sakit pada bahagian bawah punggung dan ketegangan otot.
Rosaknya fungsi imunisasi badan, termasuklah mempunyai risiko tinggi untuk
menghidapi kanser.
No comments:
Post a Comment