Kehidupan seharian memang terdedah kepada stres, jalan raya yang sesak, anak-anak yang degil dan nakal, kos sara diri yang semakin meningkat, cuaca yang semakin panas dan tidak menentu semuanya boleh menyumbang kepada pembentukan stres. Kita perlu menyedari tahap stres dalam diri. Jika kita sentiasa mengabaikan dan memberi pemyembuhan yang betul, tahap stres ini akan meningkat perlahan-lahan dan boleh mengakibatkan penyakit hingga ke tahap stress tidak terkawal.
Terdapat tiga peringkat stres:
1.Tahap bersiap sedia dan berjaga-jaga
Simptom-simptomnya seperti kegelisahan, mudah berasa bimbang,
2.Tahap penentangan
Simptom-simptomnya seperti penafian, mengasingkan perasaan kecewa iaitu tidak merasa sedih ,memikirkan kekecewaan lalu dan kurang minat kepada hobi .terdahulu.
3.Tahap kelesuan
Simptom-simptomnya hilang keyakinan diri, hilang rasa diri. Sukar untuk tidur, terlalu mudah marah, kebimbangan tidak bertempat. Masalah gangguan fizikal seperti mendapat penyakit
yang berpunca dari stress seperti darah tinggi, migraine, ulser dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment