Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan kita
mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat
mengurangkan tekanan. Lakuakan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.
2.Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
Dadah atau alcohol hanya sekadar menghilangkan symptom tekanan dan apabila
berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.
3.Rehat Seketika
Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk
meminimumkan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada
rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan ada dapat lakukan kerja
itu dengan lebih efektif.
4.Kurangkan Gangguan
Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya
matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak
dapat mencari anda.
5.Makan Makanan yang Menyihatkan
Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak. Gula dan sodium. Sekirannya
bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan
makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi
rendah.
6.Lakukan Meditasi
Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas
dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Jangan lupa
juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.
7.Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal
Ketakutan
Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari. Jangan buang masa dengan berasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapa diubah atau dicapai.
8.Dapatkan Nasihat
Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres. Jadi ambil peluang
untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.
9.Belajar Katakan “TIDAK”
Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah
projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan.
Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.
10.Dapatkan Tidur yang Cukup
Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari. Walau bagaimanapun seseorang
akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikirkan dan
menyiapkan kerja yang bertimbun.
11.Lakukan Senaman
Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Cara ini akan
merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi. Teknik
pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas
dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam
dan perlahan.
No comments:
Post a Comment