Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger ( Wood,2000 ). Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun. Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan. Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian.
Istilah burnout juga dapat didefinisikan sebagai perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang. Dalam erti kata yang lain, burnout juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir ( akibat ) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif gagal mencapai matlamatnya ( Farber, 1991 ).
Maslach & Jackson ( 1981a,1981b ) telah memperkembang konsep burn out dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis ( subskala ) burn out. Ketiga-tiiga jenis burn out itu ialah :
a. kelesuan emosi
b. depersonalisasi
c. pencapaian peribadi
No comments:
Post a Comment