Wednesday, 19 August 2015

Pengenalan : Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

Pengenalan : Tekanan Emosi Dalam Kalangan Guru

Perguruan adalah profesion yang amat terdedah dengan tekanan.  Tekanan terhadap guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam keadaan murung,mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.  Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar   dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.

     Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion perguruan dan seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan  dan kegemilangan mutu pendidikan.

     Pada masa kini, seorang guru mempunyai cabaran yang lebih hebat berbanding ibu bapa dan golongan-golongan  lain dalam meningkatkan mutu pendidikan.  Prestasi murid yang merosot sentiasa dikaitkan kualiti suasana pengajaran dan pembelajaran guru.

     Tugas utama seseorang guru ialah mendidik dan mengajar.  Di samping itu, guru juga perlu menjalankan amanah dan tanggungjawab kepada pihak pengurusan.  Dalam berurusan dengan banyak pihak, pastinya banyak perselisihan, percanggahan dan halangan akan dihadapi oleh guru.  Sekiranya guru lemah dalam menguruskan dan menyelesaikan masalah harian serta menangani cabaran yang dihadapi, pasti guru akan mengalami tekanan emosi.

     Perubahan pada sistem pendidikan yang menuntut banyak kerahan tenaga dan idea guru kini merupakan salah satu pendorong kepada tekanan emosi dalam kalangan guru.  Namun, bergantung kepada guru itu sendiri  untuk mempersiapkan diri menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.



No comments:

Post a Comment