Thursday, 20 August 2015

Langkah-Langkah Pengurusan Tekanan Emosi

1.Uruskan Masa Dengan Efektif
Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan.  Pastikan kita
mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat
mengurangkan tekanan.  Lakuakan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu.

2.Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol
   Dadah atau alcohol hanya sekadar menghilangkan symptom tekanan dan apabila
   berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3.Rehat Seketika
   Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan kita berhenti rehat seketika untuk
   meminimumkan tekanan.  Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada
   rakan.  Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan ada dapat lakukan kerja
   itu dengan lebih efektif.

4.Kurangkan Gangguan
   Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu.  Contohnya
   matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak
   dapat mencari anda.

5.Makan Makanan yang Menyihatkan
   Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak. Gula dan sodium.  Sekirannya
   bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan
   makanan yang menyihatkan.  Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi
   rendah.

6.Lakukan Meditasi
   Meditasi adalah senaman yang bagus dan menyihatkan.  Ini termasuklah bernafas
   dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh.  Jangan lupa
   juga untuk mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

7.Berfikiran Positif dan Belajar Mengawal       
   Ketakutan
   Elakkan daripada menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif.  Sebaliknya fokus dan katakan    kepada sesuatu yang positif mengenai diri sendiri setiap hari.  Jangan buang masa dengan berasa        bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapa diubah atau dicapai.

8.Dapatkan Nasihat
   Meminta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah.  Terdapat banyak         sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stres.  Jadi ambil peluang
 untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

9.Belajar Katakan “TIDAK”
   Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak.  Melakukan dan menambah
   projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan.
   Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja.

10.Dapatkan Tidur yang Cukup
    Tidurlah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam sehari.  Walau bagaimanapun seseorang
    akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikirkan dan
    menyiapkan kerja yang bertimbun.

11.Lakukan Senaman
    Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan.  Cara ini akan
    merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.  Teknik
    pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana.  Bernafas
    dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan.  Bernafaslah dalam-dalam
    dan perlahan.

Cara-cara Mengatasi Burnout

  bengkel pengurusan masa,stres dan kewangan
  latihan rekreasi dan pemakanan
  peningkatan tahap ketahanan diri
  membentuk budaya saling memahami
  membentuk suasana kerja yang kondusif
  meningkatkan kecerdasan emosi guru

Kesan-kesan Burnout

Keletihan emosi
  terlalu letih sehingga tidak bermaya untuk melayan pelanggan, rakan sekerja dan ahli 
     keluarga.
  emosi tidak stabil, menjadi murung, cepat  sedih, mudah terasa dan memandang negatif  terhadap        sesuatu perkara atau perkataan yang diucapkan oleh orang lain.
  hilang tumpuan


Kesan Fizikal
  kesihatan terjejas
  kardiovaskular
  gastrik
  radang kulit
  selalu cuti sakit
  mengasingkan diri
  bergaduh secara  terbuka


Kesan Organisasi
  penurunan produktiviti
  pengurusan tentang cuti bertambah
 kes disiplin bertambah

Tanda-tanda Burnout

Fizikal
Rasa letih sepanjang masa, imuniti rendah, perubahan masa tidur dan cara pemakanan, sakit kepala, sakit belakang dan otot.

Tingkah Laku
Menarik diri daripada tanggungjawab, mengasingkan diri daripada orang lain, menangguhkan tugas dan mengambil masa yang lama untuk menyempurnakannya, menggunakan bahan ubat atau alkohol untuk menangani masalah, memindahkan kekecewaan kepada orang lain, mengabaikan tugas, datang kerja lewat tetapi balik awal.

Emosi
Berasa diri gagal, ragu-ragu pada diri sendiri, kurang motivasi, tidak berupaya, kurang berpuas hati, mengasingkan diri, imej semakin negatif dan sinis.

Punca-punca Burnout Guru


  •   berasa tidak dihargai walaupun telah bekerja dengan penu          komitmen.
  •   mengalami stres tempoh panjang.
  •   kehendak pelanggan melebihi keupayaan guru.
  •   kurangnya budaya mentor.
  •   tiada pengiktirafan dan ganjaran, ekspektasi tugas yang tidak     jelas, 
  •   suasana kerja yang tidak bersistematik


Konsep Burnout

Burnout diperkenalkan oleh Freudenberger ( Wood,2000 ).  Burnout didefinisikan sebagai satu keadaan yang disebabkan satu keadaan yang disebabkan oleh depersonalisasi, keletihan dan suatu pencapaian yang semakin menurun.  Keadaan ini menunjukkan keletihan dari segi emosi, mental, fizikal yang disebabkan stres yang melampau dan berpanjangan.  Keadaan ini akan menyebabkan seseorang individu menjadi hilang minat dan motivasi untuk terus melaksanakan kewajipan serta tugas dalam kehidupan seharian.
     Istilah burnout  juga dapat didefinisikan sebagai perasaan kegagalan, keletihan dan kelesuan yang ekstrim akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, kekuatan atau kecekalan seseorang.  Dalam erti kata yang lain, burnout juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir ( akibat ) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif gagal mencapai matlamatnya ( Farber, 1991 ).
     Maslach & Jackson ( 1981a,1981b ) telah memperkembang konsep burn out dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis ( subskala ) burn out.  Ketiga-tiiga jenis burn out itu ialah :
a. kelesuan emosi
b. depersonalisasi
c. pencapaian peribadi

Langkah-langkah Mengatasi Stres

Kesemua faktor yang menyumbang kepada masalah stres di kalangan guru seharusnya diambil perhatian sepenuhnya oleh semua pihak seterusnya di atasi dengan cara yang palin sesuai dan berkesan. Sebagai tunggak pendidikan negara, guru sememangnya perlu bijak menangani segala isu pendidikan agar dapat mengawal stres. Oleh itu, guru perlu bijak dalam mengendalikan stres. Kegagalan guru untuk mengendalikan stres memberikan kesan negatif kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi guru sekaligus menjejaskan profesion keguruan dan bidang pendidikan negara.
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1       Kenal pasti reaksi emosional
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stres dengan cara yang lebih positif. 

2       Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stres, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.

3       Kehidupan fizikal
Stres menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang waktu-waktu tekanan memuncak seperti musim peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah.
     Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress. Seorang guru perlu memberi perhatian kepada penjagaan kesihatan dan kecergasan diri. Perbanyakkan melakukan dan menyertai aktiviti yang menjurus kepada senaman berbentuk fizikal seperti aerobik dan bermain badminton serta melakukan secara beramai-ramai bagi menimbulkan suasana yang harmoni dan penuh gelak-ketawa.
       Selain dari menjaga kecergasan diri, guru juga boleh bersosial dengan teman-teman rapat dalam masa yang sama untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat  tentang sesuatu isu.
    Semua guru haruslah mengamalkan gaya hidup yang sihat dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah menjaga soal pemakanan dengan pengambilan makanan yang seimbang serta banyak menghabiskan masa dengan keluarga dan mengelakkan gaya hidup yang negatif seperti merokok, minum arak, berhibur di kelab malam dan sering tidur lewat.

4    Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stres, Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Dengan menjadi guru tidak semestinya kita tidak perlu menambah ilmu pengetahuan terutamanya dalam mengetahui cara mengatasi stres. Guru seharusnya terus memperbanyakkan maklumat mengenai pengurusan tekanan dari pembacaan buku ataupun rencana akhbar mahupun menonton rancangan-rancangan berkaitan di televisyen. Lebih banyak maklumat yang diperolehi maka  lebih mudahlah untuk seseorang guru mengurus tekanannya.Stres jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stresdengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stres tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang.